'Enam, tujuh peluang 100 peratus patut boleh jaring gol'

Iklan
Ten Hag

KEDUDUKAN Eric ten Hag di kerusi pengendali Manchester United kembali goyang selepas tewas 1-2 kepada West Ham United ketika berkunjung ke London dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Di Stadium London, Jarrod Bowen menyempurnakan sepakan penalti kontroversi terakhir minit ke-92 untuk menewaskan Manchester United dalam pertembungan dua pasukan yang bergelut.

Iklan
Iklan

Crysencio Summerville sebelum itu menjaringkan gol pertama bersama West Ham pada minit ke-74 ketika The Hammers naik ke tangga ke-13 liga dengan 11 mata selepas sembilan perlawanan sama mata dengan Manchester United di tempat ke-14 dengan mata sama dibezakan jaringan.

United yang mendominasi permainan pada separuh masa pertama menyaksikan Ten Hag merungut peluang yang gagal dimanfaatkan jentera depan The Red Devils.

Iklan

"Kami perlu kembali melihat cermin, kami tidak menjaringkan gol dalam permainan yang dikuasai dengan baik oleh pasukan.

"Enam atau tujuh peluang 100 peratus kami sepatutnya menjaringkan gol. Tetapi apabila kami tidak menjaringkan gol kami perlu bertenang. Secara keseluruhan saya tidak mempunyai begitu banyak kritikan mengenai pasukan saya, selain tidak menjaringkan gol," katanya.

Iklan