Mohd Hisham dilantik Ketua Pengarah MetMalaysia baharu

Iklan
Mohd Hisham dilantik Ketua Pengarah Met Malaysia baharu.

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Unit Komunikasi Korporat MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, Mohd Hisham merupakan lulusan Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Matematik dari Universiti Malaya serta Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Atmosfera dari Universiti Missouri di Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

"Pelantikan beliau sebagai ketua pengarah yang ke-11 akan membantu agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik di peringkat negara serta antarabangsa.

"Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau sudah bertugas dalam pelbagai cabang meteorologi meliputi ramalan cuaca, latihan, ICT, instrumentasi dan pengurusan kualiti.

Iklan

"Pengalaman yang luas dalam bidang sains meteorologi, beliau turut dilantik untuk menganggotai pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja pakar teknikal di peringkat nasional serta antarabangsa melibatkan bidang pengurusan bencana, ramalan cuaca dan banjir, perubahan iklim serta penyelidikan,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Mohd Hisham memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan Meteorologi sejak 4 Mac 1994.

Iklan