JDT akan jadi pasukan terbaik di Asia - Eddy Israfilov

Iklan
JDT menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi. Foto Johor JOHORSouthernTigers

PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT), Eddy Israfilov, komited untuk menjadi sebahagian daripada sejarah juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu selepas menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2024, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Dia menjadi watak penting yang beraksi selama 90 minit untuk mengawal benteng pertahanan Harimau Selatan itu daripada dibolosi The Red Giants.

Iklan
Iklan

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.91cm itu percaya JDT mampu menjadi kelab gergasi baharu di Asia dengan selepas ini mereka akan meneruskan cabaran di pentas Asia dengan menerima kunjungan daripada wakil Korea Selatan, Ulsan HD, yang dibimbing Kim Pan-gon dalam perlawanan keempat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di laman sendiri.

"Saya mahu mencipta sejarah sebagai sebahagian daripada kelab besar ini. Saya mahu meletakkan nama saya untuk kelab ini kerana JDT akan menjadi pasukan terbaik di Asia." katanya. - Awani

Iklan
Iklan