JMFR 2024 tarik lebih 1,800 penyertaan

Iklan
Fadillah turut menyertai acara Kayuhan Khas sejauh 7.5km iaitu dari Teluk Batik menuju ke Marina Island dan kembali ke Teluk Batik selepas merasmikan JMFR 2024.

PROGRAM berbasikal secara santai sejauh 75 kilometer (km), Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 yang berlangsung di Lumut, Perak pada Ahad berjaya menarik lebih 1,800 penyertaan.

Program edisi khas sempena ulang tahun ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bermula di kawasan Teluk Batik melalui Jalan Raya Ipoh-Lumut menyusuri kawasan Sitiawan, Ayer Tawar, Changkat Keruing, Pantai Remis, Segari, Damar Laut dan kembali semula ke Teluk Batik.

Iklan
Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan JMFR 2024 pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut menyertai acara Kayuhan Khas sejauh 7.5km iaitu dari Teluk Batik menuju ke Marina Island dan kembali ke Teluk Batik selepas merasmikan JMFR 2024.

Bercakap kepada pemberita, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, program yang tergendala akibat Covid-19 itu bukan sahaja mengeratkan persaudaraan dalam kalangan masyarakat dan peminat sukan berbasikal, tetapi juga sebagai usaha membudayakan hidup sihat.

Iklan
Program berbasikal secara santai sejauh 75 kilometer (km), Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 yang berlangsung di Lumut, Perak pada Ahad berjaya menarik lebih 1,800 penyertaan.

Turut serta, Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan serta barisan kepimpinan tertinggi TNB.

Pada majlis itu, sebanyak 75 basikal dan 75 kotak makanan disumbangkan kepada pelajar sekolah dan mereka yang memerlukan di daerah Manjung oleh Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis) dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB (PKPI).

Iklan

Seramai 29 pelajar dari 10 sekolah sekitar daerah Manjung menerima manfaat daripada program tersebut.

Selain mengeratkan semangat perpaduan dan keakraban di kalangan komuniti, JMFR menjadi lambang komitmen dalam menyokong perkembangan dan inovasi sektor tenaga bagi membina masa depan yang lebih mampan.