Aktivis haiwan gesa semakan semula kes kematian anjing liar 'Kopi'

Iklan
Dua aktivis haiwan berdiri di pintu masuk Majlis Daerah Besut (MDB) bagi menggesa siasatan dilakukan terhadap kematian seekor anjing liar digelar Kopi, baru-baru ini.

BESUT - Dua aktivis haiwan menggesa semakan semula dilakukan terhadap kes melibatkan kematian anjing liar digelar Kopi, baru-baru ini.

Wakilnya, Sue Ann Kong berkata, tindakan dilakukan terhadap anjing liar yang ditularkan menerusi media sosial itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Iklan
Iklan

"Kita mahu pihak berwajib mengenal pasti jenis senjata yang mereka gunakan dan juga mengapa mereka perlu membunuh Kopi secara melampau kerana kami fikir ia amat ​​kejam.

"Seperti yang diketahui Kopi telah menjadi viral sebelum ini kerana video rakamannya bermain dengan anak kucing, jadi saya (di sini) mewakili manusia dan Kopi.

Iklan
Dua aktivis haiwan dari Kuala Lumpur menggesa siasatan dilakukan terhadap kematian seekor anjing liar digelar Kopi, baru-baru ini.

"Bagi saya, ada cara lain lagi yang lebih berperikemanusiaan bagi menangani masalah anjing liar ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan Pejabat Majlis Daerah Besut di sini petang Ahad.

Wanita dari Kuala Lumpur itu hadir sempena perhimpunan 'Together Louder For Kopi' bagi menyuarakan isu tersebut di hadapan Majlis Daerah Besut (MDB) di sini.

Iklan

Perhimpunan bermula jam 3 petang itu bertujuan menuntut pihak berkuasa tempatan (PBT) mendedahkan punca sebenar kematian anjing liar berkenaan.

Terdapat sekumpulan anggota polis bertindak mengawal perhimpunan itu sebelum kedua-dua wanita terbabit dilihat beredar meninggalkan lokasi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 4 petang.

Sementara itu, tinjauan mendapati perhimpunan tersebut gagal mendapat sambutan orang ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan dan pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

Kopi mula menjadi tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar di sebuah taman perumahan di sini disiarkan melalui aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, Akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) berkongsi hantaran video berdurasi 52 saat yang memaparkan anjing liar itu mati akibat kecederaan serius.

Menurut hantaran itu, kejadian itu disedari seorang penduduk di taman perumahan terbabit selepas terdengar bunyi tembakan kuat.

MDB sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan diambil terhadap anjing liar itu mengikut prosedur lapangan.

Katanya, dakwaan bahawa anjing tersebut dibiarkan setelah ia mati adalah tidak benar.