Manjeet Singh Dhillon meninggal dunia

Iklan
Manjeet Singh Dhillon

KUALA LUMPUR - Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

Peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu memberitahu Bernama, Manjeet meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Peguam senior Manjeet meninggal dunia pagi ini. Berita duka,” katanya dalam pesanan WhatsApp.

Antara kes berprofil tinggi dikendalikan mendiang termasuk pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu pembelaan N Pathmanabhan, seorang daripada empat tertuduh.

Iklan

Beliau juga merupakan peguam penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006.

Peguam jenayah itu berkhidmat sebagai presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi presiden Royal Lake Club. - Bernama

Iklan