Johari mohon ahli Parlimen tidak panggil kuorum waktu Maghrib

Iklan
Johari

KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen dinasihatkan supaya tidak memanggil kuorum ketika waktu Maghrib, sebagaimana yang berlaku pada Isnin lalu.

Ketika membuat permintaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, waktu Maghrib amat singkat dan tindakan sedemikian akan menyebabkan ahli Parlimen yang mungkin sedang bersolat rasa terganggu.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan pada 21 Oktober lalu, pada jam 7.30 malam, Pengkalan Chepa memohon untuk memanggil kuorum. Saya tahu ini adalah hak Yang Berhormat tetapi saya mohon, oleh kerana waktu Maghrib sangat sempit, kalau boleh janganlah panggil kuorum waktu itu sebab kawan-kawan tengah solat.

"Bila bunyi loceng, dia rasa terganggu. Adakah dia tinggalkan sembahyang atau dia masuk (Dewan). Jadi saya mohon sangat janganlah panggil kuorum waktu Maghrib," katanya ketika mempengerusikan Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) bangkit dan memaklumkan bahawa kuorum tidak cukup untuk meneruskan perbahasan.

Susulan itu mesyuarat ditangguhkan selepas didapati hanya 19 Ahli Parlimen berada di dalam dewan dan berbaki seorang pembahas iaitu Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor).

Iklan

Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 13(1), cukup bilang (kuorum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat perlu mengandungi 26 orang ahli, tidak termasuk Pengerusi.