'Lima maut, sembilan parah bot bertembung'

Iklan
Dua bot 'terbakar' dalam insiden di Jeti Kok Majid.

TUMPAT - Lima 'maut' manakala sembilan 'parah' dalam insiden bot 'bertembung dan terbakar' di Jeti Kok Majid di sini kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

Ketika kejadian, dua buah bot terbabit dipercayai masing-masing dari arah Pulau Suri dan Pulau Teluk Renjuna sebelum bertembung di jeti itu.

Iklan
Iklan

Akibatnya, tiga penumpang yang berada di dalam bot ke Teluk Renjuna maut manakala dua lagi penumpang bot ke Pulau Suri.

Dalam kemalangan itu juga, enam penumpang didapati 'cedera ringan'.

Iklan

'Mangsa yang maut' dihantar ke Hospital Tumpat manakala 'mangsa lain' dirawat di beberapa hospital termasuk Hospital Ismail Petra Kuala Krai, Hospital Pasir Mas dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

'Mangsa' kemalangan mendapat rawatan awal oleh pegawai perubatan.

Situasi berkenaan merupakan simulasi Latih Amal yang dirancang Hospital Tumpat bertujuan menguji pelan tindakan selain melatih kakitangan supaya sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan.

Iklan

Simulasi lebih dua jam di jeti itu turut mendapat perhatian orang ramai terutamanya penduduk pulau yang mahu menaiki jeti.

Pengarah Hospital Tumpat, Dr Aminah Rusmin Mohd Ghazali berkata, simulasi berkenaan membabitkan 40 kakitangan dari agensi terlibat termasuk bomba, polis, hospital dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Setiap agensi mempunyai pegawai pemerhati bagi memastikan simulasi mengikut standard perkhidmatan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita.

Dua 'mangsa' menunggu rawatan.

Dr Aminah memberitahu, pemilihan jeti itu berikutan kesiapsiagaan mereka jika berlaku di kemalangan di lokasi berkenaan.

"Selain berada dalam daerah Tumpat kita sentiasa bersiap sedia untuk membantu jika ada insiden seumpama itu," katanya.

Tambah beliau sebelum ini beberapa simulasi sudah dilakukan melibatkan kemalangan jalan raya termasuk bas dan kenderaan lain.