Trend seludup minyak masak peket: Beli di luar Kelantan, guna lori tertutup

Iklan
Azman (tengah) menunjukkan minyak masak peket yang berjaya dirampas sebelum diseludup ke negara jiran.

PASIR PUTEH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan ada dalam kalangan penyeludup sanggup membeli minyak masak peket di luar negeri ini untuk diseleweng ke negara jiran semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat ganda.

Pengarah negeri, Azman Ismail berkata, lebih mengejutkan lagi apabila penyeludup sanggup keluar masuk dari satu kilang ke kilang lain untuk membeli barang kawalan itu melibatkan pelbagai jenama.

Iklan
Iklan

"Dalam pemantauan kami terdapat tiga hingga empat jenama minyak masak peket yang diambil di luar Kelantan.

"Kemudian dibawa masuk ke negeri ini menggunakan lori tertutup dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa apabila melalui SJR (sekatan jalan raya)," katanya ketika sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan walkabout sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasar Raya Econsave di sini.

Menurut Azman, harga dua kali ganda yang ditawarkan oleh pembeli dari Thailand menyebabkan penyeludup mengambil kesempatan membawa keluar barangan bersubsidi itu menggunakan laluan tidak sah.

Iklan

Sinar Harian pada Ahad melaporkan sebuah lori jenis Nissan yang ditemukan terbabas di tepi jalan tanpa pemandu didapati membawa 18,700 kilogram minyak masak peket bernilai RM46,750 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan pada jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa memeriksa sebuah pangkalan haram menerusi Op Taring Wawasan di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini pada Ahad.