KPM laksana intervensi tingkatkan penglibatan pelajar dalam STEM

Iklan
Fadhlina bertindak sebagai moderator dalam Forum Jaringan Industri Ke Arah Kemampanan TVET KPM di ViTrox Campus, Batu Kawan pada Isnin.

BATU KAWAN - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melakukan intervensi bersama pihak industri dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beberapa program penting telah dirancang dan sedang dilaksanakan di semua peringkat termasuk kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, intervensi sedang dilaksanakan di bawah agenda reformasi pendidikan dan memberi tumpuan kepada beberapa segmen bagi memastikan peningkatan peratusan pelajar dalam bidang STEM.

"Peningkatan penglibatan anak-anak murid kita dalam STEM juga melibatkan pelajar-pelajar di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik yang mengambil subjek-subjek berkait rapat dengan teknikal serta kejuruteraan.

Iklan

"Itu antara sebab mengapa kita mengadakan forum seperti hari ini dan ia adalah amat penting.

"Jadi sebab itu intervensi sedang kita laksanakan di bawah agenda reformasi pendidikan dan memberikan tumpuan kepada segmen-segmen tersebut bagi memastikan peningkatan berlaku dengan lebih baik lagi khususnya dalam konteks STEM," katanya selepas menghadiri Forum Jaringan Industri Ke Arah Kemampanan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) KPM di sini pada Isnin.

Iklan

Tambah beliau, pelajar-pelajar juga perlu dibantu bagi memastikan mereka mendapat sokongan sepenuhnya ketika memilih jurusan STEM.

"Anak-anak kita mesti juga dibantu oleh kaunselor-kaunselor terlatih untuk memastikan bahawa mereka mendapat sokongan sepenuhnya ketika memilih jurusan STEM itu," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Anna Amalina Iman Baweh berkata, Pulau Pinang peratus pelajar yang memilih STEM walaupun masih rendah walaupun negeri ini dikenali sebagai hab bagi industri teknologi tinggi dan mempunyai ekosistem yang kukuh untuk membangunkan bakat STEM.

"Kita masih lagi agak jauh daripada mencapai sasaran 60-40 bagi pelajar STEM berbanding aliran seni.

"Saya difahamkan Pulau Pinang hanya mencapai 52 peratus pelajar yang memilih STEM walaupun negeri ini dikenali sebagai hab bagi industri teknologi tinggi," tambahnya.

Sebelum ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung STEM dalam melahirkan graduan dengan nilai kebolehpasaran tinggi serta diperlukan oleh industri dan negara.

Inisiatif menerusi belanjawan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang STEM.