KWSP: 86,000 golongan suami sertai program i-Sayang

Iklan
Hui Ying pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kira-kira 86,000 golongan suami telah menyertai program i-Sayang sejak diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac 2023.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut melibatkan pindahan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan (syer pekerja) secara sukarela ke akaun KWSP isteri,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai langkah KWSP untuk meningkatkan semula simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Iklan

Dalam pada itu Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong menjelaskan, KWSP turut membenarkan individu untuk berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun bagi menggalakkan simpanan dan memanfaatkan gandaan dividen lebih awal.

Hui Ying pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama

Menurutnya, walaupun mereka yang berusia bawah 16 tahun biasanya tidak bekerja secara formal, mereka boleh membuat caruman sendiri atau caruman daripada pihak lain seperti ibu bapa ke dalam akaun KWSP.

Iklan

"Tiada amaun minimum ditetapkan, namun caruman sukarela adalah tertakluk kepada had maksimum RM100,000 setahun.

"Ini adalah langkah yang baik bagi golongan muda untuk mula menyimpan dan memupuk kesedaran tentang pentingnya simpanan jangka panjang," ujarnya.

Hui Ying berkata, caruman sukarela boleh dibuat pada bila-bila masa melalui saluran aplikasi mudah alih, perbankan internet, kaunter ejen bank dan kaunter KWSP.

Menurut beliau, seramai 872,000 ahli atau 10.2 peratus daripada ahli aktif telah membuat caruman sukarela setakat 31 Ogos 2024 dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM9.39 bilion.