SeHAT inisiatif Selangor bantu tangani kesihatan mental

Iklan
Jamaliah

SHAH ALAM - Kaunselor Hab Selangor Mental Sihat (SeHAT) menawarkan perkhidmatan sesi kaunseling percuma kepada rakyat Selangor di sembilan daerah.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, program itu merupakan penambahbaikan Program SeHAT di bawah intervensi kesihatan mental.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kaunselor Hab SeHAT ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International), Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Sesi bagi program rintis dilaksanakan bermula 10 Ogos lalu dan diadakan pada setiap Sabtu selama empat jam bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Iklan

"Kemudahan tersebut terdapat di Bandar Utama, Pandamaran, Sungai Tua, Pandan Indah, Sungai Pelek, Kuala Kubu Bharu, Sungai Air Tawar, Ijok dan Morib," katanya pada Majlis Perasmian Hari Psikologi dan Program Kaunselor Hab SeHAT di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) pada Isnin.

Beliau berkata, menerusi program itu, kaunselor berdaftar daripada pihak PERKAMA akan memberi khidmat sesi kaunseling seperti kekeluargaan, kerjaya dan susulan jika perlu.

Iklan

Tambahnya, program itu merupakan lanjutan daripada kemudahan Talian Sokongan Psikososial (Talian SeHAT) yang telah diperkenal kerajaan negeri sebagai sokongan untuk individu yang berdepan dengan cabaran kesihatan mental.

"Individu yang berdepan masalah berkaitan kesihatan mental boleh menghubungi talian hotline 1700-82-7536 atau 1700-82-7537 beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang.

"Bagi mereka yang lebih selesa untuk bersemuka boleh menggunakan khidmat Kaunselor Hab SeHAT dengan mendaftar secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/kaunselingsehat," katanya.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan untuk Subsidi Rawatan Psikiatri SeHAT berjumlah RM209,400 kepada individu yang telah membuat Ujian Saringan Kesihatan Mental untuk rawatan susulan.

Katanya, kemudahan itu manfaat kepada 190 penerima menjalani 950 sesi slot rawatan bersama pakar psikiatri ataupun pakar psikologi klinikal berserta ubat-ubatan.

Semantara itu, beliau berkata, sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan diadakan setiap tahun sebagai satu inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

"Tema pada tahun ini adalah 'Utamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja' yang memberi penekanan pentingnya masyarakat cakna tentang isu kesihatan mental dan cara untuk saling bantu membantu antara satu sama lain bagi menangani isu ini.

"Semua pihak diseru agar sentiasa menyokong inisiatif dan kempen kesedaran yang menekankan kepentingan memberi perhatian terhadap kesihatan mental, dengan berkongsi maklumat yang jelas serta menyediakan sistem sokongan yang baik.

"Bersama kita usahakan persekitaran yang sihat dan sejahtera, baik dari aspek fizikal dan mental buat warga Selangor," katanya.