130 motosikal rentung depoh simpanan DBKL terbakar

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 130 buah motosikal pelbagai model musnah dalam satu kejadian kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught, di sini pada Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Hisam Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 12.33 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, panggilan tersebut diterima melalui sistem MERS999 sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, kami mendapati ia melibatkan kebakaran deretan motosikal lama.

Iklan

Deretan motosikal yang hangus dalam kebakaran di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada Ahad.

"Kesemua motosikal ini berada di dalam depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan anggaran kemusnahan adalah 100 peratus manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

"Operasi memadam kebakaran melibatkan pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak serta bantuan BBP Cheras bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) membabitkan 10 orang anggota lain-lain pangkat," katanya.