Baucar buku RM100 fasa kedua diteruskan bermula Rabu ini

Iklan
Inisiatif itu bakal memanfaatkan lebih 1 juta pelajar institusi pengajian tinggi warga Malaysia. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada mahasiswa bagi fasa kedua diteruskan bermula Rabu ini sehingga 30 Disember depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan inisiatif itu bakal memanfaatkan lebih 1 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) warga Malaysia.

Iklan
Iklan

Ujar kementerian berkenaan, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

"Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula Rabu," katanya pada Isnin.

Iklan

Menurut KPT, pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan mahasiswa.

"MySISWAPLACE membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan," jelas kementerian itu.

Iklan

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke IPT.

Inisiatif tersebut bagi memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat generasi muda.