Ayam Brand™, jenama sinonim dengan produk sardin, mackerel, tuna, dan saba dalam tin, kini meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan ayam carik yang pertama!
Ayam Carik Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas merupakan inovasi terbaharu Ayam Brand™. Kedua-dua produk ini mengekalkan ciri utama jenama – tanpa bahan pengawet, enak dan yang paling penting, mudah untuk dinikmati!
Jika dulu, untuk mendapatkan ayam carik, anda perlu melalui langkah demi langkah – membeli ayam segar, membersih, memotong, memerap, memasak, dan akhirnya mencariknya satu persatu. Proses ini bukan sahaja memakan masa tetapi juga memerlukan usaha yang besar, mengambil hingga dua atau tiga jam untuk disiapkan.
Kini, dengan Ayam Carik dari Ayam Brand™, segalanya jadi lebih ringkas dan cepat. Hidangan lazat kini hanya beberapa minit sahaja!
Pada hari ini, masyarakat tidak mempunyai masa yang banyak untuk penyediaan makanan kerana kita mahukan pilihan makanan enak yang mudah dan cepat disediakan.
Ayam dalam tin dan rakyat Malaysia ialah satu padanan yang sempurna. Tahukah anda bahawa pada tahun 2023, penduduk di negara ini memakan anggaran 50 kilogram ayam setiap orang, menjadikan kita antara pengguna ayam tertinggi di seluruh dunia?
Ayam Brand™ kini membawa keenakan, kemudahan dan manfaat kesihatan protein yang tinggi dalam ayam carik yang berjus - semudah membuka sebuah tin!
Sebab-sebab anda memerlukan Ayam Carik Ayam Brand™ dalam hidup anda
Pertama sekali, anda perlu menjadi sebahagian daripada keterujaan ‘Ayam ada Ayam’ yang sedang melanda media sosial.
Anda boleh menjadi sebahagian daripada sejarah dengan setiap kunyahan enak Ayam Carik Mayonis Ayam Brand™ atau Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand™, yang pertama dalam warisan 132 tahun jenama ini.
Tarik tab tin untuk menikmati ayam carik yang dimasak rapi dan lazat, kualiti yang konsisten boleh dimakan terus daripada tin atau ditambah pada pelbagai resipi. Ia bukan sahaja memudahkan tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga!
Masih tidak percaya? Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand™ dan Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ disediakan dengan teliti agar bersesuaian dengan cita rasa Malaysia. Ia merupakan pilihan sihat kerana kaya dengan protein, rendah kandungan gula dan tidak mempunyai bahan pengawet, menjadikan ia ideal untuk memenuhi perjalanan kecergasan anda.
Jika tidak dibuka, ia boleh disimpan pada suhu bilik selama dua tahun. Jika telah dibuka, simpan kandungan ayam carik itu ke dalam bekas plastik dan letakkannya dalam peti sejuk. Pastikan anda menghabiskannya dalam masa tiga hari.
Ayam carik dalam tin yang lazat ini menerima pensijilan Halal daripada JAKIM Malaysia, menjadikannya selamat dan sesuai dinikmati oleh segenap pengguna. Pada harga RM7.70 setiap tin, ia juga menyediakan anda nilai yang berbaloi!
Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand™
Satu lagi sebab untuk mendapatkan Ayam Carik Ayam Brand™ dan menjadi sebahagian daripada mania ‘Ayam ada Ayam’ adalah peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand™ yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Oktober hingga 30 November 2024. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah sehingga RM220,000 yang ditawarkan termasuk sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo X, produk Dyson dan pelbagai ganjaran lain.
Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Ayam Brand™ bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit, kemudian hantarkan menerusi Whatsapp. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.ayambrand.com.my/belidanmenangkawkaw
Bersedia untuk memulakan pengembaraan Ayam Carik Ayam Brand™ anda bersama sajian enak dan amat mudah disediakan?
Makan terus daripada tin, gunakannya sebagai inti sandwic atau wrap atau sebagai tambahan pada salad ringkas - terdapat pelbagai kemungkinan untuk menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup sajian harian anda. Jika anda memerlukan lebih banyak ilham, cubalah resipi-resipi di bawah!
Sandwic Ayam Carik
Ubah Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ kepada sandwic yang enak bagi sajian on-the-go yang ringkas, mudah disediakan dan sebagai snek yang kaya dengan protein dan serat.
Anda akan memerlukan satu tin Ayam Carik Mayones Ayam Brand™, empat keping roti bijirin penuh, segenggam timun Jepun yang telah dihiris memanjang, lobak merah dan kubis ungu yang dihiris halus serta daun salad.
Sebagai persediaan, letakkan sehelai kertas lilin atau parchment di atas piring. Walaupun langkah ini adalah satu pilihan, namun ia mampu menjimatkan masa anda untuk berkemas dan memotong sandwic jumbo yang terhasil nanti.
Letakkan sekeping roti di atas kertas tersebut dan diikuti sehelai daun salad serta Ayam Carik Moyones Ayam Brand™ di atasnya. Ratakan inti sebelum menambah hirisan lobak merah dan kemudian, tambahkan selapis Ayam Carik Mayones Ayam Brand™, diikuti kubis ungu dan timun yang dihiris. Letakkan sehelai daun salad dan lengkapkan sandwic dengan sekeping lagi roti bijirin penuh. Balut sandwic sihat ini dengan kertas lilin tadi. Sebelum dihidangkan, potong sandwic kepada dua secara pepenjuru. Semoga anda gembira menyediakan dan menikmati sandwic sihat ini.
Waktu penyediaan: 10 minit tempoh memasak: 0 saiz hidangan: 2 hingga 4 orang
Paf Piza Ayam
Sediakan paf piza ayam anda tersendiri dalam masa 30 minit! Sajian ini ideal sebagai snek makan petang atau ketika menonton sukan kegemaran anda, mahupun sebagai hidangan makan malam yang ringan!
Anda perlukan satu tin Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ dan satu tin Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand™, satu cawan keju cheddar parut, 20 biji tomato ceri yang dihiris, minyak zaitun dan satu pek pastri segera.
Potong pastri kepada segi empat 5 cm x 5 cm - cuba dapatkan 40 kotak. Ratakan dua sudu teh Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ pada separuh daripada segi empat tersebut dan dua sudu teh Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand™ di separuh lagi.
Tuangkan sedikit minyak zaitun pada setiap kotak, kemudian taburkan keju yang telah diparut dan hiasnya dengan tomato ceri yang dihiris. Masukkan pastri ke dalam oven panas pada suhu 200 C selama 15 minit atau sehingga ia menjadi kembung dan berwarna keemasan serta keju cair.
Waktu penyediaan: 5 minit tempoh memasak: 30 minit bilangan hidangan: 40 biji paf
‘Ayam ada ayam’ dan nikmati rasa enak, dan kaya dengan protein dengan mudah. Dapatkan Ayam Carik Mayones Ayam Brand™ dan Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand™ dari Jaya Grocer, Aeon, Aeon Big, Econsave, Mydin, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Checkers, TF Value atau layari laman rasmi Ayam Brand™ di Shopee and Lazada.