Segera sedia garis panduan NACS - KRPPM

Iklan
Syed Ibrahim (enam dari kiri) bersama ahli sekretariat KRPPM- IGAR selepas mesyuarat di bangunan Parlimen pada Isnin. (Gambar kecil: Syed Ibrahim)

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu segera menyediakan garis panduan berkaitan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bagi memastikan keberkesanan strategi berkenaan.

Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perubahan kecil mampu menyokong agenda reformasi institusi dan undang-undang.

Iklan
Iklan

"Antara perkara yang kita bincang adalah pelaksanaan bukan dalam bentuk rang undang-undang tetapi penyediaan garis panduan.

"Antara jawapan daripada Menteri Undang-Undang mengenai NACS ialah memperbaharui beberapa garis panduan berkaitan perkara kecil reformasi, contohnya pemantauan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Iklan

"Kemudian pemantauan mungkin berlakunya salah guna kuasa atau ada konflik kepentingan dalam GLC dan GLIC, sudah pasti ia akan memberi sokongan kepada reformasi institusi," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat KRPPM-IGAR di bangunan Parlimen pada Isnin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Iklan

Dalam pada itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang menjelaskan, pihaknya yakin kerajaan akan melaksanakan reformasi yang dijanjikan dalam tempoh ditetapkan.

"Seperti pemisahan kuasa, itu memerlukan tempoh dua tahun, oleh itu (reformasi) perkara lain boleh dilaksanakan.

"Sebab itu kami tidak terlalu menegaskan supaya ia mesti dilaksanakan, tetapi saya jangkakan reformasi berkenaan kebebasan maklumat dapat dibuat segera kerana disebut oleh Perdana Menteri.

"Maksudnya perkara itu perlu diberi perhatian berat dan dipertimbangkan untuk disegerakan," ujarnya.