Rumah kedai di Lorong Haji Taib terbakar, tiada mangsa dilaporkan setakat ini

Iklan
Rumah kedai tiga tingkat di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur marak dijilat api pada Isnin. - Foto: JBPM.

KUALA LUMPUR - Suasana cemas berlaku di Lorong Haji Taib 5, di sini apabila rumah kedai tiga tingkat musnah dalam kebakaran pada Isnin.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohamad Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran jam 11.31 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, panggilan tersebut diterima melalui sistem MERS999 sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Rumah kedai di Lorong Haji Taib terbakar dan bomba giat memadam kebakaran di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto: JBPM.

"Operasi masih giat dilaksanakan ketika ini dan belum selesai.

Iklan

"Asap masih tebal dan kerja-kerja operasi pemadaman serta mencari punca api masih sedang dijalankan.

"Setakat petang ini, tiada mangsa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kejadian kebakaran rumah kedai tiga tingkat di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto: JBPM.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad Riduan berkata, operasi memadam kebakaran melibatkan pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan menggunakan lima buah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua 'water tenker' serta masing-masing sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan BATV.

Selain itu katanya, jumlah kekuatan pasukan operasi yang terlibat dalam memadam kebakaran itu seramai 60 orang anggota lain-lain pangkat sebagai 'first responder'..