Pahang siap sedia hadapi MTL

Iklan
Wan Rosdy menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada wakil kluster maahad tahfiz di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Isnin.

KUANTAN - Semua jentera dan aset agensi penyelamat di Pahang sudah bersiap sedia menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula awal November depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persiapan awal perlu dilakukan kerana bencana banjir adalah peristiwa tahunan di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Kita sudah adakan mesyuarat jawatankuasa bencana dan sudah bersiap siaga. Saya sendiri pun akan memantau persediaan ini.

"Alhamdulillah banjir di Temerloh (baru-baru ini), kita dapat menyalurkan bantuan segera," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2024 kepada masjid, surau kebenaran Jumaat, pelajar tahfiz dan mualaf di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Wan Rosdy meminta agar mereka yang terjejas akibat banjir supaya mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.

Iklan

Jelasnya, mereka juga perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan segera jika diarahkan berbuat demikian.

"Jika mereka telah berpindah di PPS atau pusat pemindahan tetap, kita nasihatkan mereka jangan balik ke rumah selagi belum mendapat arahan daripada pihak berkuasa," katanya.

Mengulas mengenai bantuan prihatin, Wan Rosdy memberitahu, sebanyak RM9.28 juta diperuntukkan kepada masjid, surau kebenaran Jumaat, maahad tahfiz, pelajar tahfiz, dan juga mualaf di seluruh negeri.

Katanya, bantuan tersebut sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan pembinaan masyarakat.

"Setipa masjid dan surau yang mendapat kebenaran Jumaat akan menerima RM10,000, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7 juta.

"Bagi maahad tahfiz pula, kerajaan negeri akan memberikan RM2,000 kepada 200 pusat tahfiz, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM400,000," katanya.