Hadi luang masa lawat Tun M di IJN

Iklan
Hadi ketika melawat Tun Dr Mahathir di IJN pada Isnin. - Foto: FB Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluangkan masa melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.

Menerusi akaun Facebooknya, Abdul Hadi memuat naik sekeping gambar bersama bekas perdana menteri itu yang masih dirawat sejak 15 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kesempatan menziarahi Tun Mahathir di IJN. Didoakan semoga terus dikurniakan kesihatan sebaiknya, Insya-ALLAH,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir yang kini dirawat di IJN semakin pulih.

Iklan
Iklan

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan lanjut kerana jangkitan paru-paru dan diberikan cuti sakit selama 12 hari.