Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu

Iklan
Abdul Azim (tengah) pada Pengumuman Keputusan Pemilihan Srikandi dan Srikandi Muda di ibu pejabat Bersatu pada Isnin.

PETALING JAYA - Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah sah Ketua Srikandi Malaysia bagi penggal 2024-2027 selepas menang tanpa bertanding.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Srikandi dan Srikandi Muda di ibu pejabat Bersatu pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pada majlis sama, Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Abdul Azim berkata, sejumlah 181 Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian telah berjaya menjalankan persidangan masing-masing pada Sabtu lalu dan telah dihadiri sejumlah 6,852 perwakilan.

Iklan

Beliau berkata, tugas JPP Pusat bukan hanya sekadar memuktamadkan penjumlahan undi yang diterima oleh calon-calon, tetapi perlu memastikan tatacara dan peraturan pemilihan telah dipatuhi.

"JPP juga perlu memastikan prosedur pengundian dan pengiraan undi telah dijalankan dengan tertib dan teratur dalam Persidangan Srikandi dan Srikandi Muda Bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara.

Iklan

"JPP telah meneliti aduan dan bantahan yang diterima berkaitan pemilihan yang telah berlangsung dan telah membuat keputusan yang sewajarnya mengikut bidang kuasa yang dimiliki oleh JPP," katanya.