Kadar penubuhan enterpris negara melebihi paras 6.0 peratus bagi tempoh 2017-2022

Iklan
Mohd Uzir

SHAH ALAM – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat julung kalinya telah menerbitkan Demografi Perniagaan 2022 pada Isnin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, statistik demografi perniagaan menyediakan indikator antaranya bagi mengukur tahap daya saing perniagaan, pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan hasil dari penubuhan enterpris baru.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerbitan itu memaparkan tiga parameter asas iaitu bilangan enterpris, bilangan penubuhan dan penutupan enterpris serta kadar survival enterpris di Malaysia.

"Entiti perniagaan yang diliputi dalam penerbitan ini adalah syarikat yang didaftarkan di bawah Pendaftaran Syarikat (ROC) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Iklan

"Kadar penubuhan enterpris kekal melebihi paras enam peratus dalam tempoh 2017 hingga 2022, dengan kadar tertinggi direkodkan pada tahun 2022 iaitu tujuh peratus manakala kadar terendah dicatatkan pada 2020 dengan 6.4 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kadar penutupan enterpris sentiasa melebihi kadar penubuhan kecuali pada tahun 2021 berbanding kadar penutupan enterpris tertinggi dicatatkan pada tahun 2017 iaitu 11.4 peratus manakala terendah dicatatkan pada 2021 iaitu 4.4 peratus.

Iklan

"Dalam tempoh 2017 hingga 2022, bilangan enterpris tertinggi dicatatkan pada tahun 2017 iaitu 726,362. Bilangan enterpris menunjukkan trend yang menurun bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2017 dengan bilangan enterpris terendah dicatatkan pada tahun 2020 iaitu 681,832.

"Ini berikutan daripada penularan pandemik Covid-19 di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020, dengan hanya essential sector dibenarkan beroperasi sekali gus menyebabkan kebanyakan perniagaan terjejas,” ujarnya.

Dalam tempoh sama, Mohd Uzir berkata, bilangan penubuhan enterpris baru melebihi paras 45,000 kecuali pada tahun 2020.

Tambahnya, bilangan tertinggi dicatatkan pada tahun 2022 iaitu 48,124 manakala terendah dicatatkan pada tahun 2020 dengan 43,928.

Walau bagaimanapun, bilangan penutupan enterpris sentiasa melebihi bilangan penubuhan enterpris kecuali pada tahun 2021 yang juga mencatatkan bilangan penutupan enterpris terendah iaitu 30,956, manakala anakala, bilangan penutupan enterpris tertinggi

dicatatkan pada tahun 2017 dengan 82,518.

Jelasnya, kadar satu tahun survival bagi enterpris yang ditubuhkan pada tahun 2017 hingga 2021 adalah di antara 94.2 peratus hingga 97.3 peratus, tertinggi pada tahun 2017 iaitu 97.3 peratus dan terendah pada 2018 iaitu 94.2 peratus.

Sementara itu, kadar lima tahun survival enterpris yang ditubuhkan pada tahun 2017 adalah 66.1 peratus.

"Pada tahun 2022, sektor yang paling dominan iaitu sektor perkhidmatan merekodkan bilangan enterpris tertinggi sebanyak 544,403 bersamaan 79 peratus diikuti sektor pembinaan sebanyak 59,771 iaitu 8.7 peratus

"Sektor perkhidmatan menyumbang bilangan tertinggi iaitu 39,764 iaitu 82.6 peratus manakala yang terendah ialah sektor perlombongan dan pengkuarian dengan 506 atau 1.1 peratus.

"Merujuk kepada penutupan enterpris, sektor perkhidmatan merekodkan bilangan tertinggi dengan 44,064 iaitu 79.4 peratus manakala sektor perlombongan dan pengkuarian mencatatkan bilangan terendah iaitu 832 dengan 1.5 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Uzir mengulas, kadar penubuhan enterpris tertinggi pada tahun 2022, dicatatkan oleh sektor perkhidmatan iaitu 7.3 peratus manakala sektor pembuatan mencatatkan kadar terendah iaitu 5.3 peratus.

Tambah beliau, sektor perlombongan dan pengkuarian mencatatkan kadar penutupan enterpris tertinggi iaitu 11.1 peratus dan kadar penutupan terendah dicatatkan oleh sektor pembuatan iaitu 7.3 peratus.

Ujarnya, kadar lima tahun survival mengikut sektor bagi enterpris yang ditubuhkan pada 2017 dan masih beroperasi pada 2022 adalah di antara 64.2 peratus hingga 70.2 peratus.

"Kadar lima tahun survival mengikut sektor menunjukkan sektor pembinaan mencatatkan kadar tertinggi dengan 70.2 peratus diikuti oleh sektor pembuatan iaitu 66.8 peratus, kedua-duanya melebihi kadar lima tahun survival keseluruhan iaitu 66.1 peratus.

"Tiga negeri yang mencatatkan bilangan enterpris tertinggi pada tahun 2022 ialah Kuala Lumpur sebanyak 221,687, diikuti Selangor iaitu 182,825 dan Johor pula sebanyak 66,268.Bilangan penubuhan enterpris tertinggi dicatatkan oleh Kuala Lumpur iaitu 15,801, diikuti Selangor sebanyak 13,742 dan Johor pula 4,819.

"Trend yang sama dilihat bagi penutupan enterpris, di mana bilangan penutupan enterpris tertinggi dicatatkan oleh Kuala Lumpur iaitu 19,924, diikuti Selangor sebanyak 15,773 dan Johor sebanyak 4,817.

"Namun bilangan penutupan enterpris terendah dicatatkan oleh Putrajaya iaitu 27, diikuti Labuan sebanyak 58 dan Perlis pula 88,” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, tiga negeri dengan kadar penubuhan tertinggi adalah Putrajaya sebanyak 8.1 peratus, diikuti Selangor mencatatkan 7.5 peratus dan Kedah pula 7.4 peratus.

Beliau berkata, terdapat tiga negeri yang mencatatkan kadar penubuhan enterpris terendah iaitu Labuan dengan 2.9, diikuti Perlis sebanyak 5.1 dan Perak pula 5.3.

Jelasnya, bagi kadar penutupan pula, Perlis mencatatkan 11.1 peratus, Kelantan pula 10.2 peratus dan Kuala Lumpur sebanyak sembilan peratus mencatatkan kadar penutupan enterpris tertinggi.

Walau bagaimanapun, tiga negeri yang mencatatkan kadar penutupan enterpris terendah ialah Putrajaya iaitu 5.1 peratus diikuti Melaka sebanyak 5.4 peratus dan Labuan pula 5.5 peratus.

"Bagi enterpris yang ditubuhkan pada 2017 dan masih beroperasi pada 2022, kadar lima tahun survival tertinggi dicatatkan oleh Sarawak iaitu 73.8 peratus, diikuti Perak pula 71.9 peratus dan Putrajaya sebanyak 71.4 peratus.

"Sebanyak sebelas negeri mencatatkan kadar lima tahun survival melebihi kadar keseluruhan 66.1 peratus,” katanya.