Isu dipecat menteri: Jemaah pengarah Nafas sedia jawab dakwaan

Iklan
Fairuz

SHAH ALAM - Seorang anggota jemaah pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang didakwa dipecat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mendedahkan perkara sebenar mengenai hal itu pada Selasa.

Fairuz Bandar berkata, beliau bakal menjawab segala dakwaan yang tular menerusi satu kenyataan media.

Iklan
Iklan

"Saya akan buat kenyataan media pada tengah hari esok (Selasa). Saya akan beri salinan,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Ahli Parlimen Kota Raja itu telah memecat Fairuz dan hal berkenaan dimaklumkan kepada Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin melalui surat bertarikh 23 Oktober.

Iklan

Iklan