Kim Swee cabar Sabah raih kemenangan berganda di Likas

Iklan
Stuart Wilkin (dua, kiri) dijangka antara sandaran Kim Swee berdepan Kedah di Likas petang esok.

SABAH FC berharap agar dapat meneruskan rentak kemenangan berganda ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Likas petang esok.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, Sabah harus mengekalkan prestasi kemenangan ketika dilakukan pada dua perlawanan di tempat lawan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Katanya, apa yang penting semua pemain perlu kembali fokus dengan tugas utama mereka sekali gus mencapai tiga mata penting di laman sendiri.

"Kedah FC merupakan satu pasukan yang lebih baik di mana saya percaya mereka mendapat suntikan yang cukup baik dengan keputusan positif sebelum ini.

Iklan

"Kita tidak boleh mengambil mudah dan saya tidak mengharapkan jaringan besar... Namun apa yang penting di sini kita berakhir dengan keputusan positif di mana ini meletakkan kita di kedudukan yang lebih selesa,” katanya.

Kim Swee berkata, semua pemain tidak boleh mengambil mudah apabila bermain dengan pasukan Kedah petang esok.

Iklan

"Kita harap agar penyokong setia datang beramai-ramai memberikan sokongan padu petang esok sekali gus memastikan Sabah FC kekal mencapai kemenangan berganda petang esok,” jelas Kim Swee.