Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah

Iklan
Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan, Nurul Alya Farzana, yang dilaporkan hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini sejak Ahad.

KLUANG - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini, sejak Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh, remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.

"Hasil maklumat yang diperolehi, kita dapati remaja perempuan tersebut bertubuh kecil dan berkulit cerah.

Iklan

"Remaja berkenaan juga berketinggian 140cm dengan berat badan 40 kilogram (kg).

"Siasatan juga mendapati remaja perempuan tersebut tinggal di Taman Suria, Kluang di sini,” katanya.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang (Pegawai Penyiasat: Inspektor Faisal Asyraf Anang menerusi talian telefon pejabat: 07-7784222, talian terus: 07-7784256 hotline: 07-7766822 Tablet DCC: 014-365682.

Terdahulu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah tersebut, Nurul Alya Farzana dilihat memakai t-shirt karakter Johor atau t-shirt KrMJ semasa hilang.

Nurul Alya Farzana

Rakaman juga menunjukkan pelajar itu menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna perak pada jam 3.34 petang dan meninggalkan kawasan sekolah menghala ke arah bandar Kluang.

Bagaimanapun, pemandu dan nombor pendaftaran kereta itu masih tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Ahli keluarga Nurul Alya Farzana sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, berhubung kehilangannya.

Orang ramai boleh juga menghubungi bapanya di talian 017-7908217, 018-9817600 (abang) atau Balai Polis Kluang (07-7784222).