EV jadi kenderaan rasmi pemimpin ASEAN pada 2025 - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri 2 di sebuah hotel malam ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin EV.

"Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar.

Iklan

"... kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV," katanya. - Bernama

Iklan