Peniaga tunggu keputusan KPKM mengenai anggur beracun

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Beberapa peniaga sedang menunggu keputusan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum mengambil tindakan susulan mengenai anggur Shine Muscat yang didakwa mempunyai bahan kimia berlebihan.

Dalam beberapa tinjauan Sinar Harian di kedai, ada peniaga yang menjual buah itu mengambil langkah untuk membasuh makanan itu sebelum dijual kepada pengguna.

Iklan
Iklan

Seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Kamarul berkata, beliau mengambil langkah itu sambil menunggu keputusan rasmi dari KPKM.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan sewajarnya jika benar dakwaan anggur tersebut bahaya dan mengancam kesihatan.

Iklan
Ameer

"Saya nasihatkan rakyat Malaysia jangan panik kerana kerajaan memang akan buat tindakan sepatutnya.

"Dari pihak Mydin pula kita semestinya sudah ambil maklum dan telah beritahu kepada pembekal-pembekal untuk memastikan makanan yang masuk tiada racun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Ameer berkata, kejadian barang atau makanan bermasalah bukan pertama kali berlaku dalam sejarah perkhidmatannya.

"Jadi jika berlaku, kerajaan akan bagi notis pemberitahuan kepada kita dan semua pembekal untuk memastikan ia melalui proses product recall.

"Saya syorkan kepada semua pembeli secara umumnya untuk basuh dahulu buah atau sayur yang dibeli serta bersikap proaktif terhadap perkara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Kelantan, Profesor Madya Dr Seri Intan Mokhtar pula berkata, penguatkuasaan di pintu masuk perlu ditingkatkan bagi memastikan makanan yang dibawa masuk benar-benar mematuhi aspek keselamatan.

"Pemantauan berterusan perlu dilakukan dengan memastikan rekod bahan mentah dan terlarang selain mengambil sampel secara berkala untuk di analisis,” kata beliau pada Isnin.

Menurutnya, tanggungjawab untuk memastikan makanan selamat bukan hanya terletak pada penguat kuasa sahaja tetapi pengguna.