Politik 'wahyu' bakal wujudkan perpecahan Armada Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Amalan politik 'wahyu' diamalkan segelintir bekas pemimpin Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berisiko mewujudkan perpecahan dalam kalangan ahli-ahli parti sekiranya tiada langkah rekonsiliasi dibuat selepas proses pemilihan parti.
Calon Ahli Jawatankuasa (AJK) Armada Bersatu, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, pemilihan sayap Bersatu itu pada kali ini dianggap berbeza dengan proses pemilihan penggal terdahulu.