PATI dicekup di pekarangan masjid

Iklan
Tiga PATI warga Myanmar dicekup anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu semasa berada di pekarangan sebuah masjid di Pak Keral, Tumpat.

TUMPAT - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu semasa berada di pekarangan sebuah masjid di Pak Keral di sini pada Isnin.

Dalam serbuan jam 8.15 malam itu kesemua lelaki terbabit didapati gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua PATI itu ditahan semasa sepasukan anggota menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga Myanmar itu dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui Thailand menggunakan laluan yang tidak diwarta.

Iklan

"Suspek ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Iklan