Jemaah teruja solat bersama Pemangku Raja Pahang

Iklan
Baginda (empat,kanan) menunaikan solat Subuh bersama jemaah yang memenuhi ruang solat di masjid tersebut hari ini. -Foto ihsan Masjid TJ

TEMERLOH - Keberangkatan Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah mencemar duli menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Temerloh Jaya (TJ) di sini hari ini menjadi detik istimewa kepada kira-kira 800 jemaah masjid terbabit.

Pengerusi Masjid, Dr Abdullah Ismail berkata, keberangkatan Pemangku Raja Pahang itu diketahui selepas kehadiran pegawainya di perkarangan masjid itu kira-kira jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui perkara tersebut dan dimaklumkan baginda ingin menunaikan solat di masjid terbabit.

"Hari ini adalah satu detik bermakna buat kami kerana baginda sudi menunaikan solat bersama rakyat di masjid ini.

Iklan

"Sebaik tiba, baginda bersalaman dengan jemaah dan terus ke saf pertama untuk menunaikan solat sunat Subuh sebelum mengerjakan solat fardu bersama," katanya.

Masjid TJ sebelum ini tular berikutan jemaah yang sentiasa memenuhi ruang solat walaupun pada waktu Subuh selain menerima pujian berikutan pengurusan profesional sehingga menarik kehadiran dan kunjungan pelbagai ahli jawatankuasa masjid seluruh negara.

Iklan
Tengku Hassanal (biru) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Abdullah (tiga,kiri). -Foto ihsan Masjid TJ

Tambah Abdullah, selesai solat baginda meluangkan masa bersalaman dengan jemaah peringkat usia yang turut teruja dengan pertemuan tidak disangka itu.

"Tanpa sebarang protokol, baginda sangat merendah diri dan turut berkenan meluangkan masa mendengar sedikit taklimat mengenai pengurusan dan aktiviti masjid ini.

"Baginda kelihatan gembira melihat jemaah memenuhi masjid dan memuji suasana itu," katanya.

Tengku Hassanal Ibrahim juga berkenan meluangkan masa kira-kira satu jam 15 minit di masjid itu sebelum berangkat pulang.