Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

Iklan
MetMalaysia meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga jam 12 tengah hari ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta Melaka.

Iklan
Iklan

Di Kelantan, kawasan yang terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, dan Tanah Merah, manakala di Negeri Sembilan, Port Dickson turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri). - Bernama

Iklan

Iklan