Warga emas maut dihempap rak

Iklan
Warga emas maut dihempap rak dekat sebuah bengkel di Taman Desa Impian pagi tadi.

KULIM - Seorang warga emas maut dihempap rak besi di bahagian dada dalam kejadian di sebuah bengkel kereta di Taman Desa Impian, Kulim lebih kurang jam 11.25 pagi tadi.

Mangsa, Cheng Lean, 82, beralamat dari Bagan Agam, Pulau Pinang ditemui tidak sedarkan diri selepas kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.26 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian sejurus kemudian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah dihempap sebuah rak besi kosong setinggi 1.5 meter yang terletak di tepi bengkel terbabit.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang membuat pemeriksaan.

"Tindakan seterusnya ialah mengalihkan rak dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan