MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey

Iklan
Filipina ketika ini dilanda bencana alam susulan hujan lebat yang dibawa Ribut Tropika Trami seperti dilihat di Camarines Sur. Foto Reuters

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklmkan bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pencerapan pada jam 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.

"Tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia," menurutnya. - Bernama

Iklan

Iklan