Gagal hadir kes khalwat, Mahkamah Syariah keluar waran tangkap

Iklan
Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes khalwat ke atasnya pada Selasa.Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes khalwat ke atasnya pada Selasa.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Kamalruazmi Ismail memerintahkan demikian terhadap lelaki berusia 42 tahun itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Ketua Pandakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu.

Iklan
Iklan

Selain itu, mahkamah turut mengeluarkan notis kepada penjamin yang juga anak kepada lelaki itu selepas keduanya tidak muncul di mahkamah.

Sebutan semula kes melibatkan kesalahan khalwat kali ketiga yang didakwa dilakukan lelaki itu ditetapkan pada 20 November depan.

Iklan

Sebelum ini, pada 19 Februari lalu, media melaporkan lelaki itu yang juga seorang buruh menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu yang dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Hukuman itu dilaksanakan selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002 kerana berkhalwat.

Iklan

Selain itu, tertuduh turut dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah memutuskan hukuman sebatan dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan kali kedua tertuduh.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 30-an di sebuah premis kosong di Kemaman antara jam 1.10 pagi hingga 2.15 pagi pada 25 Januari lalu.