Himpunan kibar Jalur Gemilang: Razman, empat ahli Pas diambil keterangan

Iklan
Azizi

IPOH – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tiga ahli Pas dirakam keterangan susulan perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Sabtu lalu.

Dua wakil rakyat tersebut adalah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selinsing, Sallehuddin Abdullah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis menerima laporan berhubung perhimpunan tersebut dan kelima-lima individu tersebut telah dipanggil.

"Polis telah mengambil keterangan kesemua mereka selepas memperoleh kebenaran untuk menyiasat.

Iklan

"Kertas siasatan sudah dilengkap dan akan dihantar kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk nasihat seterusnya Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut," katanya sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Selasa.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu berhimpun dan berucap di tempat awam tanpa pemakluman kepada pihak polis.

Iklan

Media melaporkan lebih 300 individu membanjiri Dataran Menara Condong Teluk Intan, susulan insiden bendera negara China dikibarkan oleh peserta Sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu.

Pada perhimpunan itu, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak memberi ucapan tanpa pembesar suara di hadapan kumpulan itu.