[VIDEO] Peruncit jual minyak masak peket kepada peniaga warga asing diserbu

Iklan

ALOR GAJAH - Demi untuk meraih keuntungan, sebuah kedai runcit di Melekek di sini sanggup menjual minyak masak peket kepada peniaga kedai makan yang diuruskan warga asing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, perbuatan ketirisan yang dilakukan peniaga itu terbongkar selepas pihaknya melakukan operasi Op Kita Gempur.

Iklan
Iklan
Norena (kiri) melihat lebih 10 kotak minyak masak bersubsidi yang ditemui dan dirampas dalam sebuah kedai runcit di Taman Mewah, di Melaka, pada Selasa.

Menurutnya, hasil soal siasat peniaga berusia 40-an itu membeli alasan terpaksa menjual barangan bersubsidi itu kerana mahu 'memancing' warga asing yang majoriti mendiami kawasan itu datang membeli barangan di kedai runcitnya.

Katanya, peniaga terbabit turut mengakui menjual minyak masak peket dalam kuantiti 10 peket setiap kali pembelian terhadap mereka.

Iklan

"Kita telah kenal pasti kawasan panas di mana terdapat ketirisan berlaku, dan kita dapati kedai runcit menjual minyak masak peket kepada kedai makan.

Norena berkata demikian kepada pemberita selepas serbuan yang dilakukan di kedai makan dan kedai runcit di Taman Mewah, Kelemak, di sini, pada Selasa.

Iklan
Pegawai penguat kuasa menunjukkan beberapa minyak masak peket yang dijumpai di sebuah kedai makan diuruskan warga asing.

Jelasnya, perbuatan individu itu jelas merupakan satu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana minyak masak peket adalah bagi kegunaan isi rumah dan bukannya untuk digunakan peniaga makanan.

Ujarnya, dalam operasi itu KDPN Melaka turut mengeluarkan kompaun kepada kedai makan yang disyaki menggunakan minyak masak peket dalam penyediaan makanan.

"Modus operandi mereka ini akan gunting minyak masak peket dan tuang ke dalam botol bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa," ujarnya.

Malah katanya, setakat ini empat kes telah dihasilkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk dua kes melibatkan kedai runcit dikendalikan warga asing.

"Satu kes lagi melibatkan kedai makan yang dipercayai menggunakan minyak masak peket dan satu kes peniaga disyaki melanggar arahan pegawai pengawal kerana menjual lebih daripada tiga peket," katanya lagi.