KUANTAN - Sebanyak 16 das tembakan meriam sebagai Istiadat Menutup Kerja, perkahwinan diraja Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Istiadat tersebut disempurnakan Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini semalam.
Turut berangkat sama Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Sebanyak 16 das tembakan meriam dilepaskan ketika bendera Istiadat diturunkan dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.
Pada 22 Oktober lalu, Tengku Amir Nasser mengisytiharkan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz di sini sempena perkahwinan putera diraja.