Setahun derita didera ibu tiri
Iklan
Mangsa ketakutan dan trauma selain terdapat kesan kecederaan serius di muka sehingga kedua-dua belah matanya tidak boleh dibuka.
SEBERANG JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai didera ibu tirinya diselamatkan dalam kejadian di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini petang tadi.
Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk di perumahan berkenaan yang curiga mendengar tangisan kanak-kanak perempuan berkenaan sejak seminggu lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka syak kanak-kanak itu dipukul selepas mendengar dia selalu dimarahi oleh ibu tirinya.
"Selepas menerima laporan mengenai perkara itu, saya dan beberapa rakan bersama anggota polis ke rumah berkenaan bagi membuat pemeriksaan.
Iklan
"Ketika sampai di rumah berkenaan, bapa dan ibu tiri mangsa menghalang kami masuk dan memberi amaran supaya kami tidak masuk campur dalam urusan keluarga mereka namun mereka akur selepas anggota polis mahu melalukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.
David berkata, kanak-kanak malang itu ditemui disembunyikan di belakang pintu dan dia kelihatan ketakutan dan trauma selain terdapat kesan kecederaan serius di muka sehingga kedua-dua belah matanya tidak boleh dibuka.
Iklan
Beliau berkata, ketika ditanya apakah yang berlaku sehingga dia cedera teruk di bahagian muka, kanak-kanak itu menjawab dia hanya disengat serangga.
Curiga dengan keadaan itu, David berkata, pihaknya membawa keluar kanak-kanak berkenaan daripada rumah sebelum dia menceritakan perkara sebenar yang berlaku.
David Marshel (kiri) bertanya keadaan mangsa berhubung kejadian dera tersebut.
"Selepas dia mengaku ibu tiri memukulnya sejak beberapa hari lalu, kami terus membawa mangsa ke Balai Polis Seberang Jaya untuk membuat laporan sebelum menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya bagi menjalani pemeriksaan.
"Kita dapati dia juga mengalami luka di bahagian kepala dan tangan dipercayai didera. Kita juga percaya ada kecederaan lain di bahagian tubuhnya namun masih menunggu laporan perubatan," katanya.
Difahamkan, mangsa dan seorang adiknya tinggal di rumah berkenaan bersama enam lagi adik beradik tiri.
Ibu kandungnya kini berada di penjara dan kanak-kanak itu tidak pernah ke sekolah sejak kecil.
David berkata, menurut kanak-kanak itu dia sering dimarahi ibu tirinya disebabkan kesalahan kecil selain menjadi mangsa sekiranya adik beradik tirinya yang lain bising dan menangis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, pasangan suami isteri berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, suri rumah berusia 38 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana mencuri manakala suaminya berusia 36 tahun dan bekerja sebagai mekanik mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah.
"Hasil siasatan mendapati mangsa tinggal bersama ibu tiri dan ayah sejak tahun lalu.
"Dia disyaki didera sejak setahun lalu oleh ibu tiri menggunakan objek tumpul seperti helmet, kayu dan penyangkut baju," katanya.
Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam esok bagi mendapatkan perintah reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam