Kerajaan tidak pilih kasih, MIDA bawa pelaburan RM32 bilion ke Kedah

Iklan
Kerajaan Madani tidak mengamalkan sikap pilih kasih apabila membawa masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit ke empat buah negeri yang ditadbir oleh PN.

SHAH ALAM - Kerajaan Madani tidak mengamalkan sikap pilih kasih apabila membawa masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit ke empat buah negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, enam bulan lalu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah membawa masuk pelaburan sebanyak RM32 bilion ke Kedah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini membuktikan kerajaan menjunjung prinsip federalisme di mana rakyat di empat negeri ini berhak menikmati pembangunan secara seimbang.

"Belanjawan 2025 menyebut akan mewujudkan perkumpulan ekonomi mengikut keistimewaan negeri seperti industri kimia khusus di Pahang dan Terengganu, serta tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) hampir 14 bulan berlalu sejak diumumkan dan walaupun PN mendakwa komitmen pelaburan sudah diterima daripada Korea Selatan, Jepun dan China, namun tiada sebarang nama pelabur diumumkan.

"Jika benar wujud pelaburan tersebut, adakah PN telah mencapai nilai pelaburan tersebut tanpa sebarang bantuan agensi persekutuan seperti MIDA?

Iklan

"Hakikatnya, tanpa MIDA, negeri seperti Kedah tidak akan menikmati majoriti pelaburan asingnya sekarang,” katanya.