KPT beri jaminan keselamatan pelajar di Asia Barat

Iklan
Zambry Abdul Kadir

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan tahap keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat akan sentiasa menjadi keutamaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian mempunyai pejabat Education Malaysia (EM) yang terletak di seluruh dunia termasuk Jordan dan Mesir.

Iklan
Iklan

"Jangan bimbang, belajar dahulu," katanya menerusi Dialog Mahasiswa Madani: Cendiakawan Rabbani di sini pada Selasa.

Ujar beliau, KPT menerusi kerajaan akan bertindak mengeluarkan rakyat sekiranya keadaan memerlukan.

Iklan

"Sekiranya berlaku apa-apa kita aturkan sebagaimana pengalaman sebelum ini seperti Perang Teluk dan sebagainya," jelas Zambry.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman.

Iklan

Terdahulu, 200 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di Asia Barat menyertai Program Karisma Antarabangsa Siswa MADANI 2024 yang diadakan di KPT.

Program itu bertujuan untuk memberi pendedahan serta persediaan kepada pelajar-pelajar baharu mengenai semangat patriotisme, disiplin dan integriti melalui taklimat kenegaraan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).