'Oyen' paling gemuk di dunia telah mati

Iklan
Crumbs mendapatkan rawatan untuk menguruskan badan di sebuah pusat veterinar di Perm, Rusia. Agensi

MOSCOW - Kucing oren atau 'Oyen' paling gemuk di dunia dilaporkan telah mati pada Sabtu lalu selepas beberapa minggu diitempatkan di sebuah kem menurunkan berat badan haiwan di Perm, Rusia.

New York Post melaporkan doktor haiwan menyatakan punca kematiannya disebabkan kanser.

Iklan
Iklan

Kucing yang diberi nama Kroshik atau Crumbs tular selepas ia berjaya diselamatkan di bawah runtuhan hospital di Rusia dan dibesarkan sehingga mencapai berat sehingga 17 kilogram (kg).

Doktor haiwan di pusat diet percaya bahawa lapisan daging kucing yang sangat tebal telah menyebabkan mereka gagal mengesan tumor kanser merebak hingga ke limpa dan organ dalaman lain.

Iklan

Pemilik pusat perlindungan kucing Matroskin, Galiana More berkata bahawa mereka percaya tumor itu menyebabkan kegagalan beberapa organ utama haiwan tersebut.

Bagaimanapun, punca masih disiasat dan keputusan mengenainya akan diketahui dalam minggu ini. - Agensi

Iklan