'Majikan perlu sokong keperluan wanita bekerjaya'

Iklan
Daneena

SHAH ALAM - Sektor awam dan swasta disaran mewujudkan taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja bagi membantu pekerja terutamanya golongan wanita mengatasi masalah penjagaan anak ketika bekerja.

Akauntan bertauliah, Daneena Rahman berpandangan, tindakan tersebut secara tidak langsung membantu meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan pekerja kerana mampu menyingkirkan kerisauan ketika berjauhan dengan anak yang masih kecil.

Iklan
Iklan

"Bila wanita nak pergi kerja, dia perlu pastikan anak yang ditinggalkan terjaga dengan baik. Kalau majikan boleh sediakan satu fasiliti, tak jauh dari pejabat, wanita itu dapat kerja dengan tenang.

"Jadi bagi saya, kerajaan boleh bantu dari segi menyediakan insentif kepada majikan supaya siapa yang sediakan fasiliti berkenaan untuk pekerja, nikmati potongan cukai misalnya," katanya pada program 'She Leads' siri 5 yang berlangsung di Auditorium Karangkraf, pada Selasa.

Iklan

Program She Leads bertajuk 'Bold Career Moves: Shift or Stay?' menampilkan Daneena (tengah) dan Nini Marini sebagai panelis yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa.

Program anjuran Sinar Daily bertajuk 'Bold Career Moves: Shift or Stay?' itu membawakan seorang lagi panelis iaitu Nini Marini yang turut berkongsi pengalamannya beralih dari dunia korporat ke dunia seni.

Iklan

Dalam pada itu Daneena berpendapat, majikan di sektor swasta juga perlu menyokong inisiatif berkenaan untuk membantu menyediakan keperluan golongan wanita berkerjaya.

"Jika tidak, memang susah wanita maju ke depan. Majikan kena memimpin dan ambil langkah ini supaya majikan lain boleh mencontohi," ujarnya.

Sementara itu golongan wanita perlu menitikberatkan kegembiraan dalam setiap perkara yang dilakukan, terutama bidang pekerjaan.

Menurut beliau, perasaan tersebut tidak boleh disembunyikan sekiranya mereka tidak teruja untuk keluar bekerja.

"Kita perlu menyesuaikan diri dengan apa yang badan dan minda perlukan, terutamanya apabila masalah kerja mula 'menghantui' di luar waktu pejabat.

"Yang penting, kita tahu bila perlu ambil cuti supaya badan dan minda tidak terbeban dengan masalah tempat kerja," katanya.