KABUL - Sekurang-kurangnya dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh, manakala enam yang lain cedera selepas seorang individu memakai pakaian seragam tentera Afghanistan bersenjatakan mesingan melepaskan tembakan di sebuah pangkalan tentera.
Tentera AS mengesahkan kejadian itu berlaku di wilayah Nangarhar di timur negara tersebut semalam ketika komando AS dan Afghanistan sedang melakukan komunikasi sosial di pangkalan terbabit yang terletak di daerah Sherzad.