Kementerian Luar ambil maklum laporan MyKad, lesen memandu Malaysia ditemui Ukraine

Iklan
Wisma Putra.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar pada Selasa mengambil maklum mengenai satu laporan yang menyatakan MyKad dan lesen memandu Malaysia telah dijumpai di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat itu.

Iklan
Iklan

"Kami dengan hormatnya memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri ketika di luar negara.

Iklan

"Keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu masing-masing.

"Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sebelum ini, tular sekeping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine. - Bernama