MACHANG - Seorang warga emas meninggal dunia dipercayai lemas apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Jenerih Bongkok, Pulai Chondong awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi itu, Mazelan Ibrahim, 58, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Kota Bharu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, motosikal yang turut dibonceng anak lelakinya, Muhamad Izuan Mazelan, 24, tahun dipercayai gagal di kawal dan terjunam ke dalam tali air sedalam 1.52 meter.
Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Merabang, Pulai Chondong itu kemudiannya diangkat oleh anaknya dan dibawa ke Hospital Machang.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Selepas itu mayat di hantar ke Hospital Machang dan doktor mengesahkan kematian warga emas berkenaan akibat lemas.
"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.