LIVERPOOL akan beraksi tanpa kelibat Diogo Jota sehingga selepas rehat antarabangsa, dedah pengendali Liverpool, Arne Slot.
Perkembangan terkini itu satu tamparan menjelang perlawanan Pusingan Keempat Piala Liga menentang Brighton & Hove Albion di Stadium Amex, awal pagi Khamis.
Sebagai rekod, ketika kelab besar England sedang mengharungi baki saingan domestik dan Eropah yang melelahkan berikutan kepadatan jadual.
Selain itu, beberapa kelab besar seperti Manchester United dan Arsenal mula dibelenggu masalah kecederaan pemain.
Jota, yang menjaringkan empat gol dalam 10 perlawanan semua kejuaraan musim ini, tidak bermain sejak mengalami kecederaan ketika menang 2-1 ke atas Chelsea di Stadium Anfield pada 20 Oktober.
Ketika ditanya media sama ada pemain kelahiran Porto, Portugal berusia 27 tahun berkenaan akan kembali sebelum rehat antarabangsa November, Slot berkata:"Tidak sama sekali.
PIALA LIGA
KHAMIS (31 OKTOBER)
Brighton lwn Liverpool, 3.30 pagi
Preston lwn Arsenal, 3.45 pagi
Manchester United lwn Leicester City, 3.45 pagi
Newcastle United lwn Chelsea, 3.45 pagi
Aston Villa lwn Crystal Palace, 3.45 pagi
Tottenham Hotspur lwn Manchester City, 4.15 pagi