Parlimen: Sesi pertanyaan kepada PM sepanjang November dijawab menteri

Iklan
Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR - Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada setiap Selasa yang lazimnya dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dijawab oleh menteri-menteri sepanjang November ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor berkata, ini kerana Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke luar negara sepanjang tempoh berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan perkara itu sebelum menangguhkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15, bagi minggu ini.

Ramli berkata, Dewan Rakyat tidak bersidang pada esok dan Khamis sempena sambutan Deepavali.

Iklan

Persidangan minggu ini menyaksikan 56 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025, bagi peringkat dasar.

Ini menjadikan 131 wakil rakyat selesai berbahas rang undang-undang itu, selepas ia dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober.

Iklan

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. - Bernama