Balotelli kembali warnai Serie A bersama Genoa

Iklan
Balotelli (kanan) ketika menyertai Genoa yang mengibarkan cabaran di Serie A. Foto Agensi

PENYERANG sensasi Itali, Mario Balotelli kembali mewarnai kancah bola sepak apabila direkrut kelab Serie A, Genoa CFC sebagai ejen bebas.

Kembalinya semula Balotelli menandakan kembalinya dia ke liga teratas Itali selepas lebih empat tahun pemain berusia 34 tahun itu yang tidak mempunyai kelab sejak akhir musim lalu.

Iklan
Iklan

Genoa, ketiga dari bawah dalam kedudukan, hanya menjaringkan tujuh gol dalam sembilan perlawanan liga, dan pengurus Alberto Gilardino berharap Balotelli dapat menambah 52 gol yang dijaringkannya dalam 141 perlawanan Serie A.

Kelab Balotelli sebelum ini ialah pasukan liga Turkiye, Adana Demirspor, yang menyaksikan musim keduanya dibayangi kecederaan lutut.

Iklan

Dia menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan musim lalu, dan penampilan terakhirnya bersama kelab itu pada Mei berakhir dengan dibuang padang separuh masa pertama.

"Selamat datang ke Genoa, Super Mario!,” kata kelab dalam satu kenyataan kepada media.

Iklan

Sementara itu, pemain kelahiran Palermo, Itali yang memulakan karier bersama kelab remaja FC Lumezzane berkata:"Saya sangat bersemangat. Saya tidak mahu bercakap banyak hanya mahu mula bermain bola sepak

"Saya akan memberikan segala-galanya demi pasukan bola sepak Genoa,” kata Balotelli pada Isnin.

'Super Mario', gelaran diberikan kepada Balotelli membuat penampilan sulung Serie A bersama Inter Milan pada 2007 yang dikendalikan legenda, Roberto Mancini.

Dia memenangi tiga kejuaraan liga bersama Inter Milan termasuk sebagai sebahagian daripada skuad Jose Mourinho yang memenangi treble 2010.

Balotelli kemudian dipertemukan semula dengan Mancini di Manchester City, memenangi kejuaraan liga dan Piala FA sebelum menandatangani kontrak dengan AC Milan, sebelum memperkuatkan cabaran Liverpool, sebelum menghabiskan empat musim bersama kelab Perancis, Nice dan Olympique de Marseille.

Penampilan terakhirnya di Serie A ialah bersama Brescia, dia menjaringkan lima gol dalam 19 perlawanan pada musim 2019/20 sebelum menyertai kelab Serie B, Monza diikutidi bersama Sion di Switzerland.

Balotelli menjaringkan 14 gol untuk Itali dalam 36 penampilan.

Dia adalah sebahagian daripada pasukan yang tewas di final Euro 2012 kepada Sepanyol dan turut muncul di Piala Dunia 2014, sebelum pergi empat tahun tanpa dipanggi pasukan kebangsaan.

Pada 2018, Mancini memanggil semula Balotelli ke skuad Itali, dan perlawanan terakhirnya dalam jersi Itali datang lebih enam tahun lalu dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Poland pada September 2018.

Selepas kerjaya yang sering dihambat oleh disiplin dan tajuk berita tabloid, ini mungkin peluang terakhir Balotelli untuk menunjukkan dia masih mempunyai apa yang diperlukan untuk beraksi di peringkat tertinggi bola sepak.

Genoa menerima kunjungan Fiorentina di Stadio Luigi Ferraris, pada Jumaat.