Asyraf Wajdi terjah MRSM Pengkalan Chepa, puas hati kemudahan baharu

Iklan
Asyraf Wajdi ketika mengunjungi MRSM Pengkalan Chepa, pada Selasa. Foto Facebook MRSM Pengkalan Chepa

SHAH ALAM - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa dikejutkan dengan kunjungan mengejut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Selasa.

Asyraf Wajdi berkata, kehadirannya adalah untuk melihat keadaan kemudahan di institusi pendidikan itu setelah lawatan pertama pada 18 Mac tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak RM300,000 telah disalurkan ke MRSM berkenaan bagi tujuan penyelenggaraan perabot dan penambahbaikan bilik guru.

"Hari ini, dengan izin ALLAH SWT, segala usaha yang dirancang telah diselenggara dengan sempurna.

Iklan

"Tahniah diucapkan kepada Pengetua MRSM Pengkalan Chepa, Ahmad Naszeri Salleh yang sentiasa memastikan penyelenggaraan fasiliti maktab berusia 51 tahun ini berjalan dengan sempurna.

"Ini membuktikan walaupun usia maktab sudah lama, namun dengan 'maintenance mentality' yang bagus daripada pihak pengurusan, maktab lama pun kelihatan baru dan selesa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Asyraf Wajdi sempat bertemu dengan pelajar ketika kunjungannya di MRSM Pengkalan Chepa. Foto Facebook MRSM Pengkalan Chepa

Menerusi lawatan berkenaan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa beliau turut melawat asrama pelajar dan berpeluang bertemu serta berbual dengan murid-murid.

Jelas beliau, semoga pembaharuan itu membawa manfaat besar kepada seluruh warga MRSM Pengkalan Chepa dan seterusnya melahirkan lebih ramai generasi cemerlang pada masa akan datang.

"Insya-ALLAH, Mara amat prihatin terhadap pendidikan dan kesejahteraan anak-anak di sini, saya yakin bahawa kebajikan serta keselesaan para guru dan pelajar adalah kunci kejayaan pendidikan di mana-mana institusi,” ujarnya.