Jepun amat bimbang keadaan di Lubnan, seru gencatan senjata

Iklan
Takeshi Iwaya

ANKARA - Jepun amat bimbang mengenai situasi yang semakin tegang di Lubnan dan sekali lagi menyeru agar gencatan senjata segera antara Israel dan Hizbullah dilaksanakan, menurut laporan Agensi Anadolu."

Menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawatannya dari Lubnan, Abdallah BouHabib, Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya berkata, Jepun mengecam sebarang ancaman terhadap keselamatan dan keamanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Iklan
Iklan

Beliau turut menggesa semua pihak agar menunjukkan"tahap kesabaran maksimum” dan berusaha secara ikhlas untuk mencapai penyelesaian diplomatik, menurut kenyataan daripada Kementerian Luar Jepun.

Menurut Iwaya, Tokyo memutuskan untuk menghulurkan"bantuan kecemasan" AS$10 juta kepada Syria, yang menyaksikan kemasukan pelarian dari Lubnan akibat situasi kemanusiaan yang semakin buruk.

Iklan

Bantuan itu adalah tambahan kepada bantuan serupa sebanyak US$10 juta yang diberikan kepada Lubnan seperti diumumkan minggu lepas, tambahnya.

Iwaya turut meminta kerjasama bagi memastikan perlindungan terhadap rakyat Jepun di Lubnan.

Iklan

BouHabib menyatakan penghargaan atas bantuan Jepun dan Lubnan turut menghargai kepentingan kerjasama dengan Jepun.

Beliau juga menjelaskan perkembangan terkini di lapangan serta usaha diplomatik Lubnan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan kerjasama mengenai situasi dan keamanan di Timur Tengah, menurut kenyataan itu. - Bernama/Anadolu