MANCHESTER United telah menyatakan minat untuk melantik Ruben Amorim dari kelab liga Portugal Sporting Lisbon sebagai pengendali baharu menggantikan Erik ten Hag.
Malah menurut kelab yang sedang memimpin liga Portugal dengan 27 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan juga menyatakan The Red Devils bersedia membayar klausa pelepasan 10 juta Euro.
Iklan
Iklan
"Manchester United menyatakan minat untuk mengambil jurulatih Ruben Amorim sebagai pengendali The Red Devils.
"Lembaga pengarah Sporting merujuk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan yang berkuat kuasa antara syarikat dan jurulatih, khususnya klausa penamatan masing-masing dan untuk jumlah Euro 10,000,000,” kata kenyataan itu.
Sekiranya Amorim melengkapkan perpindahan ke Old Trafford, dia akan menjadi pengendali ke-10 yang berada di tempat duduk sejak persaraan Sir Alex Ferguson, David Moyes, Louis van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Ten Hag yang dipecat baru-baru ini semuanya telah menerajui kepimpinan.
Bekas bintang Ryan Giggs, Michael Carrick dan Ruud Van Nistelrooy juga dilantik pengendali sementara, manakala Ralf Rangnick sebelum Ten Hag.
Artikel Berkaitan